Tuesday, December 30, 2008

Tahun Baru

Selamat menyambut Maal Hijrah untuk semua. Dua hari lagi kita akan sambut tahun baru 2009 pulak....

Tahun baru datang, banyak benda yang nak kena bereskan sebelum tu..... i.e, persiapan anak sekolah...masa ni ada terfikir, kalau la anak2 aku dah besar2 macam anak Yash or Lida kan senang... ini semua nya mak nak kena buatkan... belikan buku, balutkan, tuliskan nama, tengokkan baju last year muat lagi ke tak, then kalau dah tak muat, faham je la.... kena cari baru.... then check pulak kasut, stokin and lastly bag and alat tulis....

Seminggu lepas cuti bermula dulu aku balik kampong, cuti panjang sakan sampai raya korban. Lepas tu bila balik, dapat penempatan anak untuk ke form one, dalam tu dok uruskan pertukaran sekolah untuk dia sebab kita ni kalau boleh malas nak cross masuk ke dalam bandar.... tapi kalau dah terpaksa tu, ikut je la...

Boleh katakan almost everyday ada je bnada yang nak kena tengokkan regarding nak masuk sekolah balik.... anyway bersyukur dalam keadaan ekonomi yang macam begini kita masih mampu sediakan segala kemudahan untuk mereka.... tak perlu yang mahal2 asalkan ada mencukupi.... aku lebih suka beli alatulis nye stok kat mydin.... sebab nak banyak....

So untuk semua mommies, mamas, ummies and emaks out there aku nak ucapkan pada hangpa semua selamat menyambut tahun baru... semoga dengan azam baru (tiap tahun ada azam baru since ssp days) kita bisa mencapai kemenangan ditahun hadapan.... insyaallah.

Tuesday, November 18, 2008

masuk asrama penuh!!!!

Hi bertemu lagi kita... aku ni baru lepas lega bernafas sebab anak dah lepas upsr dengan cemerlang... syukran.. alhamdulillah.. Bila tengok wajah kegembiraaan anak tu rasa tak tergambar lagi maknya... Itu la dulu Has, Lida pernah cerita pasal mak lebih berdebar dari anak nih, tapi dulu aku belum lalui. Tapi sekarang ni baru tahu camna... Maklum la anak baru UPSR sedangkan Fuzilah, Yash semua anak dak nak masuk alam pekerjaan... dah grad lagi tu.... Tak lama lagi ada yang nak bermenantu ke??

Tapi bear with me, aku nak cerita jugak pasal benda-benda ni.... sekarang dah lepas dapat good results ni kita sebagai parents pun mula la buka mulut slow-talk dengan anak pasal arah mana nak masuk asrama.... so anak aku ni si Along dulu kata minat nak masuk RMC sebab ada berkawan dengan anak askar, lepas tu tak jadi, takut kena raging. Then kata nak pergi MRSM sebab ramai cousins dah graduated dari sana... lepas tu sehari dua sebelum keluar result dia mentioned pasal nak gi daily school SAB yang jauhnya sepelaung dari rumah.... alasan, sayang nak tinggalakan bilik, rumah, kawan..HOME SWEET HOME la katakan... Kita orang tak kata banyak cuma more of listening apa yang dia kata.... Sampailah bila results keluar... alasannya kalau result tak bagus nanti takut dia upset or stresss sedangkan kita dah beriya lobby dengan dia pasal masuk asrama... so tak nak keterlaluan, sekarang ni la baru push the ideas about benefit bila masuk sekolah berasrama penuh or MRSM ni....

Jadi sehari dua ni sibuknya parents mencari borang, photostat, verify kat sekolah and lastly send the forms back to where it is supposed to. Insyaallah kalau Along ada rezeki dapat la kat mana2 sekolah nanti.... Habis tu kalau gagal ke SBP or MRSM kita akan ke SAB jugak la.... and kalau tak layak jugak, Sekolah Dato' Lokman la jawabnya...janji dapat belajar dan be positive mana-mana pun kalau usaha kita boleh berjaya...

So dalam pada tu aku ni bernolstalgia la sorang-sorang teringat zaman pertama kali dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh SMKPJKA @ Sekolah Men Keb (P) Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Masa tu aku kat sekolah di kampong tu ada tujuh orang yang dapat ke asrama penuh.... aku dan Rosnah ke SMKPJKA, 3 ke Sek Alam Shah, seorang ke STAR dan seorang lagi ke MRSMKB... zaman tahun 1977 tu dikira bagus sangat bagi sekolah luar bandar, siap kita orang masuk paper Utusan Malaysia lagi.... Aku ingat lagi my father simpan article tu sampai kuning kertas...

Masa nak mendaftar masuk aku dan Rosnah ke KL sekali maklumlah ayah Rosnah ni tak pernah ke KL sebelum ni, jadi ayah aku bawalah kita orang sekali.... mak aku ikut juga sekali...kami ke KL awal dari tarikh jadi dapatlah ayah aku bawa kita berjalan ketempat yang selalu di lawati.... Aku masih simpan lagi gambar masa kita orang kat Masjid Negara, Tugu Negara dan Muzium Negara. Tapi masa tu sebenarnya aku tak lah enjoy sangat pergi melawat sebab mabuk perjalanan dari Pulai Chondong melalui Trengganu, Pahang ikut jalan lama yang memakan masa hampir 12 jam tu pun belum hilang lagi.... Tapi as 12 years old dari kampong sedikit sebanyak perjalanan itu telah membuka mata dan minda untuk terus meneroka arus.... Selepas itu everything else is history sebab aku dah tak berpatah balik lagi.....

5 tahun hidup di SMKPJKA @ Sek Seri Puteri banyak cerita, pengalaman, pengajaran dan persahabatan yang aku pungut, dan tidak pernah sekali pun merasakan sesal merantau seusia menjangkau 13 tahun itu... kini peristiwa itu sudah 31 tahun aku lalui.... tapi tiap kali jumpa semua orang kita masih rasa macam baru semalam kita tinggalkan kenangan itu.... It's so precious and I will always treasure it.....

So Along, mama harap Along juga akan lalui apa yang mama dah lalui itu dan be taugh and strong to face what ever challenge kalau dapat offer ke mana mana asrama nanti... anyway Aimy and AJ and also kak Midah ada announced pasal old girls ada quota 10 places untuk ke SSP... so far ada 7 takers.... so mana lagi yang ada anak perempuan tu hantar la... biar anak kita tu nanti faham kenapa tiap kali jumpa member ssp suara mak2 dia akan jadi serak and tak habis gelak ketawa....

hooray dapat masuk asrama!!!!

Sunday, October 5, 2008

salam aidil fitri

Sebelum aku terlambat, izinkan aku mengucapkan selamat menyambut aidil fitri untuk anda semua serta maaf zahir dan batin jika ada apa apa kesalahan, terkasar bahasa atau termakan dan terminum dan apa-apa ter... lagi... kalau masa sekolah dulu siap kata 0-0 lagi tu..

Tahun ini pertama kalinya selepas ada family ni aku tidak balik kekampong dalam masa cuti raya ni, selalu tu kalau tak balik raya di Kelantan aku dan family akan beraya rumah mertua di Kuala Pilah, then masuk hari raya kedua selalunya akan mula berpindah ke kampong yang lagi satu... Tapi tahun ini sebab anak anak akan bersekolah semula, lepas raya, aku awal-awal lagi decided to raya di Pilah aje and nanti raya haji akan balik lama.... lebih kurang 3 minggu..

Anyway bila keluarga dah membesar nih, raya kat mana-mana pun aku kira sama aje... keutamaan kena diberikan pada yang lebih memerlukan... Bagi aku yang membezakan cuma makanan... samada makan nasi dagang and satay or makan rendang and lemang serta rebusan...Mana-mana pun kerja tetap sama banyak...

Teringat zaman sekolah dulu pernah sekali aje kita kena beraya di sekolah.. itu pun masa raya haji sebab cutinya hanya sehari, dan pulak masa tu bukan masa cuti sekolah.. Ingatingat nlupa masa tu, lepas sembahyang raya beramai-ramai di sekolah kita dapat permission untuk beraya di rumah orang KL... so beramai kita naik bas pergi ke rumah Nora di Chow Kit dan rumah Azie di Setapak...Tapi siapa dalam group tu aku dah tak berapa ingat... kalau tak silap ada Tad, Pah, dan Li sekali... Siapa ingat???

Lepas masa sekolah, aku beraya tanpa family masa belajar di Iowa, US dulu.. itu pun cuma untuk 2 tahun saja... Then raya dengan immediate family masa dapat anak kedua, masa tu sedih sekali sebab baru lepas beranak, orang sibuk nak balik kampong beraya, kita ni nak bergerak pun tak boleh lagi belum seminggu, lepas tu ada along yang baru usia 2 tahun, kesian tengok dia ikut abahnya pergi sembahyang raya kat masjid kg perwira dengan indons... masa tu akunye terlantar je dengan baby gitu... then tak sampai seminggu hubby dah hantar aku balik for confinement....

Thursday, September 18, 2008

Market Tumble...

hei... unfortunately not a very good morning today ... aku dok depan box ni tengok market almost crushing as UK and US Financial market took a gloomy and bleak outlook a head... wah macam reporting untuk valued customers je ... aku ni teringat masa kerja dulu... betul tak has...
Earlier this week Lehman Brothers closed@ bungkus... ari ni pulak AIG was heatwith financial difficulties tengah cari bailor.... kat uk pulak banks Halifax and Lloyds are all having problems of losing liquidity and looking for merger.. dalam to their shares values taking a plunges... of takutnya... tentu pas ni penyakit ni berjangkit ke asia and kl as well..... CNN saip kata financial market unstable....wall street had a bad day...

Monday, September 15, 2008

Dalam kenangan Nor Azah Othman

Semalam semasa lepas memberi salam solat zuhor, aku dapat sms from Aimy Bazura, junior setahun also ajk alumni.

"k.Azah passed away at arnd zohor 2day. innalillah..."

Terkejut yang amat sampai hati aku balik bertanya azah yang mana? tapi tentu budak ssp... Kemudian baru sit in info tu... Innalillah hi wainna ilai hiro jiuunn.. terkedu, sesal sebab tak berkesempatan menziarahi beliau semasa sakit...Tergiang kata Lida hari tu... "baik ko pergi wani, mintak maaf...mana tahu umurnya tak panjang.." sesal betul aku lida...
Belum pun cukup sebulan yang lepas kita ada kumpul kat rumah Farina, semasa balik cuti hari tu...dan bercerita sikit sebanyak pasal Azah sebab dah ada yang dapat jumpa beliau earlier.... Lida, Ngat, kak piah, chot, eliza,aiza,yash and fuzilah met her in hospital, Farina sempat pergi jumpa dia dirumah..
Masa tu telah diberitahu oleh husbandnya, yang doktor kata mungkin hayatnya tak lama bertahan... 3-4 bulan saja.. so mereka anak beranak telah berusaha dan bersedia menghadapi saat genting ini.... tapi sedihnya, Azah sendiri tak tahu mengenai itu... Cuma ada dia cakap dengan Rin that she wants to live longer....sad betul aku dengar ...
Dari cerita mereka yang visit her, anak2 dan suami dia cukup tabah menghadapi situasi semasa di hospital dan di rumah.. syukur kerana dia dapat anak2 yang solehah dan solihin...tentunya itu telah banyak membantu meringankan bebanan fikiran menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang....
Apa yang aku boleh ingat tentang Azah ialah, beliau memang seorang yang sangat lemah lembut... tentu semua orang setuju sebab sesiapa yang kenal dia pasti ingat suaranya yang tak pernah tinggi walaupun jadi prefect... tapi our batch telah putus hubungan selepas form five, 1981 dulu... setahuku Azah pergi US tapi tak sure mana.. maybe Ainul might know sebab she was quiet close to her. Anyway, both of them sama dapat lapan permata hati... tahniah... memang aku tabik..
Tahi lalat di pipi tambah manis bila dia tersenyum... nanti aku nak korek album lama tapi tak tahu mcm mana nak post ke dalam blog nih...
Akhir sekali aku sentiasa doakan semoga beliau di letakkan bersama orang yang solehah dan mendapat keampunan sempena Ramadhan almubarak. AlFatihah. Insyaallah kita kumpulkan seramai mungkin untuk menziarah keluarga dia pagi Rabu nanti...

Tuesday, September 9, 2008

jom ikut..



ni la movie yang aku tunggu...

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan

Sempena hari baik dan bulan yang baik ini aku mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kengkawan ynag beragama Islam. Di harap semoga kita semua beroleh hidayah dan keredhaaan dari Nya. Marilah kita pertingkatkan amalan dan jariah kita ketahap yang lebih tinggi dari tahun sebelumnya. Bulan ini juga merupakan bulan yang terbaik untuk kita mengeluarkan zakat, tak kira harta atau pendapatan selain dari fitrah yang sememangnya wajib dikeluarkan....

Friday, August 8, 2008

foodie

Hari ini aku first time pergi pasar borong buah di Selayang sana. Mak ooi... banyak dan murah. Itu pun dah siang, kata informer aku tu kalau kita pergi belah malam lagi banyak buah dan ramai orang... termasuk pemborongnya sekali la....

Tadi tu aku tengok durian, cuma RM 1.50 sekilo, Tembikai rm 1.40 sekilo, dan macam-macam lagi termasuk buah import. Aku angkat buah nangka sebiji 14 kilo dengan harga rm 1.80 sekilo.Nah, separuh dari harga yang jual pasar tani or oasar malam tu... setengah kilo rm2.00 atau beli dengan kulit dapat rm 3.00 sekilo...

Masa tu la teringat kalau masa si sekolah dulu, kegemaran aku dan geng yang selalu makan lambat ni ambil buah banyak-banyak terutama kalau dapat tembikai tu sebotol kicap boleh habis. Caranya senang aje, siram tembikai dengan kicap dan walla...masa tu agaknya Jamie Oliver pun boleh terperanjat... Then bila masa lepas training softball ke basketball ke kita ni masuk aje dewan makan dengan baju sukan tu... exceptional la sebab school players katakan... Dah la masuk macam gengster lepas tu kalau ada lauk (normally ikan je la..) lebih siap angkut kiri kanan tangan meratah sambil jalan balik dorm... aku selalu ingat si Tad and Azie and Arwah Pah dalam bab gini...
Siapa la yang ada berita pasal Tad@ Nor Hajar Hassan Basri orang 'kuala' or Kuala Kangsar and Azie @ Norziah Ithnain orang Setapak boleh la inform kita .... Aku missed then betul. I bet u macam Aiza and Li pun very close to this two people.

Kadang ada jugak teringat kat kengkawan yang keluar masa from 3 dulu macam Ijah, Rosnah both orang Felda Behrang, Sa'odah orang belah Rawang sana and a few more yang aku pun dah ingat lupa. Paling aku ingat Ijah sebab kami satu dorm and dia ni orang kuat sports... Lepas tu tiap kali lepas cuti raya dia akan bawa delicacies from her home...Rendang Tenggiling.... Sedap betul aku ingat masa tu... rasa macam rendang ayang tapi tulang dia banyak and lebih kecil... anyone dah rasa???

Friday, July 25, 2008

memoir

Last few days I received a call from my mom informing that another cousin of mine left us after a long battle with diabetic and heart ailments. Bila usia kita makin meningkat kita makin sering menerima berita yang mengejutkan sebegini... malah hampir setiap purnama... Paling menyesak nafas bila telifon berbunyi di waktu larut malam atau awal pagi.... bagaikan kering darah yang mengalir....

Talk about passing ni teringat aku pada kawan kawan kita yang telah tiada.. semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka berdua.... Arwah Sharifah Chu Ismail dan Arwah Azian Zakaria. Pah ditemui di rumah sewa apabila beberapa hari (about 3 days) tidak melapurkan diri ke pejabat. Zazli adalah antara orang yang dipanggil untuk mengecam jenazah beliau. Langsung Zaz menalipon aku hari tu untuk memberitahu....Masa tu dia masih bekerja sebagai penyelidik di Ipoh. Kalau tak silap dia ni chemist dan masih anak dara.

Aku, Li dan Has ada banyak kenangan manis bersama arwah masa beliau masih bekerja di KL sekitar tahun 1987-1990. Masa tu aku tinggal menyewa bilik (murah...) di rumah parent Li di Ampang Jaya. Bila hujung minggu ada kelapangan, Has yang tinggal di Bangsar dengan mak ciknya pun akan datang kumpul rumah Li ni. Sekali tu Has ada bawa kereta buruk (Ford ke Fiat aku tak berapa sure) uncle dia... wah.... suka la kita orang semua... alamat malam tu panjang la langkah kami... So, lepas makan malam di depan 7-11 Ampang Jaya, kami pun plan nak gi late nite ronda sekitar KL dengan Has nye sport car ni....Akhirnya hampir midnight tu kami lalui Jalan Pinang, konon nak gi lepak minum kopi kat Holiday Inn On The Park. Tiba-tiba kereta Has ni mati tengah jalan... Imagine la masa tu Jalan Pinang ti penuh dengan old bungalows and big-big trees... lampu jalan pun malap je.... Mana ada cerah macam depan klcc sekarang.. Kereta tu berhenti betul betul kat junction sebelah Angkasaraya sekarang ni, kat tepi traffic light tu... Kecut perut kami semua... nak masuk ke hotel jauh jugak adalah 20 min jalan, nak balik Ampang, bas dah tak ada. Masa tu masih bas mini lagi. Lagipun takkan nak tinggalkan kereta Has gitu saja... Tunggu dalam kereta pulak takut nanti jadi apa-apa so we all decide nak berlari ke Holiday Inn... Cuba imagine we all masa tu... Pah ni memang school runner so tak ada masalah la, aku dan Li softballer sekolah, kesian Has dah le kawan tak leh lari laju, penakut pulak.... Kami lari sekuat hati masuk Jalan Pinang tu.... agaknya bunyi macam sekawan anak gajah lari....hahaha... tercungap-cungap semuanya. Pagi tu bila hampir Subuh (kami tak tidur..) baru we all jalan balik ke kereta dan terpaksa drove back to Ampang dengan giar 2. Rupanya giar box dia dah out....

Azian ni memang seorang yang amat pemalu tapi very hard working masa di sekolah dulu... aku sekelas dengan dia dari form one ke form three je lepas tu result dia lebih bagus, dia masuk form four c sama dengan yash, badi, chot and all. Tapi aku ingat baik sebab dia ni orang Kuala Krai sama dengan Aiza. Dia ni tak suka sangat sukan so memang jarang la interact dengan aku... Habis form five dia ke UK sama tempat dengan Rin. Aku tak tahu sangat dia ni buat course ape dan kerja mana bila balik...Lost contact... cuma aku dapat tahu from our friends yang masa the first few meetings @gatherings masa di rumah Badie di Shah Alam, dia ada ikut sekali. Tapi masa tu tak ada sesiapa pun yang tahu dia ni dah sakit. Dan dia pun tak cerita apa-apa pun.... Selang beberapa bulan bila tiba masa untuk kita buat another gathering ke cari names untuk ke ssp dinner ke someone called her office and was told that she passed away a few months earlier...Tak pasti sakit apa tapi kalau tak silap something about hati....

As friend kami akan sentiasa doakan semoga roh Pah dan Yan dihimpunkan bersama-sama orang yang beriman.....

Akhir sekali untuk Azah Othman dan Hasliza Aris yang sekarang dalam kesusahan, kami doakan semoga cepat sembuh dan you all lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang....
INNALILLAH HI WA INNA ILAI HIRAJIUUN....

Thursday, July 10, 2008

friend

Last Saturday aku keluar jumpa Fazah aka Boyak kat Pavilion. Dia sebenornye datang Kl from Jb dah dari Jumaat tapi ada seminar ke hape kat Klcc Conv Centre. Tapi deme ni pandai siap dgn hubby pun attend seminar tu... pasei architecture nih. So hari tu selepas me and family breakfast aku asked my other half hanto jumpa Boyak. Sembang sambil menjamu mata window shop. Then masa lunch tu Eliza joined us since she also in office (KL Uni) ada korje katanya. Then aku sms Has ajak turun sekali, tapi dia masa tu masih di Vietnam.... Ho Chih Min ke mana tak sure.

Masa aku jalan dengan Fazah earlier tu, we all nampak a pair of ladies agak dah hampir 60 kot tapi masih vogue, bershopping kat Tangs sambil bercerita dan santai.... Envy betul aku tengok... So aku cakap le dengan Fazah nanti agaknya kalau kita dah baya tu macam tu la kita pun.... Cuma masa tu aku nak compare siapa lagi banyak kedut.... Kalau panjang umur dapat la kita enjoy our old days like that. Aku memang cherish our friendship semua... So kalau sempat la sampai ke tua pun kita kena selalu buat gathering tu so we will always keep in touch... Then kalau ada sesiapa nak ada kerja kahwin anak ke, jangan lupa jemput la kita ni semua... Aku personally kalau sihat dan ada kelapangan insyaallah aku pergi rumah you all tu....

So please, plseeeez keep in touch eh.....

Thursday, June 26, 2008

annual dinner

yash, saya tak tahu sebenarnya nak kata apa bila dapat call tadi. memang kita tak bersedia untuk ke majlis itu apatah lagi kena keluarkan 200 for that. Tapi tu bila wati offer her ticket, teringin jugak rasa hati nak kesana esok tu... bila baca ssp nya web pages lagi teringin nak jumpa dengan dia orang tu semua... memang kita rasa rapat to each other bila tiap hari baca cerita meraka.... ada pulak kengkawan yang memang dah lama tak jumpa... lagi dulu tu aku baik jugak dengan seniors... dan setengah juniors...sekali sekala jumpa mesti riuh....
masalahnya sekarang ni ada ke tidak kawan kita yang sama batch pergi sekali... kalu tidak aku kena pergi menepek la nanti...berangan je yash, wati dan has aku belum call lagi...

Sunday, June 22, 2008

Ani, hari ni aku rasa best sangat dapat share keinginan untuk main softball. Sekian lam sejak ada betting cage di One Utama aku memang nak sangat ke sana .... tapi takut nanti apa orang kata...maklumla kita ni dak nampak macam aunties.... tapi lagak macam budak belasan nak pukul bola softball lagi. Kalau macam masa kat US dulu sure aku dah lepaskan geram kat situ. Ni kat Kl, silap hari entah-entah tak de pun perempuan ke sana Ani... Tapi tadi bila dengar semangat kamu tu memang suatu hari nanti aku ajak kamu gi situ... Dapat test sekali pun jadi la... nak main di padang bukan senang Ani, sebab setahu aku yang ada di Malaysia ni cuma di sekolah menengah saja... Itu pun tak semua sekolah ada. Tapi takkan la kita nak kena slide kat bases macam apa yang kita penah buat dulu tu... Kamu tu aku punya catcher.

Pernah suatu hari dulu aku jumpa glove kulit dan bola yang dah pecah kulit dalam almari lama di rumah kampong.... rupanya masih ada tersimpan. Tapi glove tu dah tak muat nak masuk tangan aku... Samada glove tu dah kecut atau tangan aku yang besar... tapi aku harap biar yang kemudian itu benar.....hehehe...Strike One!

Glove tu pemberian dari YM Raja Aizuddin masa kita form 5 dulu, lepas tu aku masih gunakan masa di ITM (sekarang UITM) Shah Alam. Itulah juga terakhir aku ada team softball... Kita mula bermain dari form 3 secara kebetulan untuk MSSS bawah 15. Ingat tak di padang St John dulu... Lepas tu masa form 4 main kat padang VI. Aku, Ani dan Ati dapat ikut ke MSSM di Ipoh. Masa tu dapat kenalan baru yang sama main untuk Selangor...Melayu tak le ramai cuma coach masa tu ramai malays... Masa tu jugak la untuk sekolah kita dapat coach Cikgu Raja @ "daddy", abang man pendek, dan sesekali bila turun training di Pusat sukan kg pandan dan lagi wan dan "uncle". Masa tu kita ada kak Zu dan Lilian... Dalam masa tu sempat juga kawan dengan geng dr bro school seperti man, pok ya dan azhar... Ati (walau mana mu ada) ingat dok Azhar Ahmad tu.... dan kamu Ani dah lupa ke dengan wan tu....heeee ...Strike Two!!!

Masa aku di ITM dulu aku sempat buat kawan dengan member softbal dari Pahang Maznah Mubin... Budak Textile. Dan masa tu kalau training, sekali dengan boys so jumpa la selalu dengan Nizam dan Zahidi yang dari VI dulu.... Aku ingat aku ni selamanya asyik jadi pitcher aje...Pas tu bila aku kerja hampir ke pencen dulu aku dah geng pulak dengan Zahidi tu sebab sama company. Dia selalu cerita pasal softball ni kat aku and pasal those yang aku sebut tadi... sebab dia ada lagi sesekali jumpa they all ni di ISKL pagi Ahad, selalu ada game kat sana untuk veteran.... tapi aku tak pernah berkesempatan ke sana pun....apa lagi masa tu berat badan pun dah naik timbang ...segan pulak, tambah kita ni dah agak lama tak swing... silap hari bukan bola melayang tapi bat tu... hehehe .... Strike Three!!!!! You are out!

So bila kita Ani???

Saturday, June 21, 2008

Salam perkenalan

Setelah sekian lama membaca cerita yang ditulis kengkawang terasa ada cengkaman di dada yang mengajak aku ikut tulis di blog... tapi tulis apa? Sehinggalan hari ini bila melihat ke muka kawan-kawan lama aku yang sudah menjangkau kedewasaan (ehm..) terbit rasa rindu untuk menulis tengtang kenangan yang banyak telah kami kongsi bersama....

Harapan agar apa yang bakal dipamerkan dapat kembalikan nostalgia kami disuatu ketika dulu. Apakan tidak, pantang bertemu kami tak habis pasti meredah balik ke kenangan lama diikuti deraian ketawa yang kadang tu bukan ain kuat dan nyaringlagi.... tak gitu Has...

Nama kami inipun sempena nama team bowling yang kami persetujui siang tadi walaupun adeanya hanya datang dari Yash. Tapi itupun ada kebetulannya...kan kami ini semua anakanak naga..... Sampai masa kami nak juga mengganas bak seorang pahlawan... semangat juang kan sentiasa mengalir di jiwa walau kudrat dah tak seberapa.....