Thursday, September 18, 2008

Market Tumble...

hei... unfortunately not a very good morning today ... aku dok depan box ni tengok market almost crushing as UK and US Financial market took a gloomy and bleak outlook a head... wah macam reporting untuk valued customers je ... aku ni teringat masa kerja dulu... betul tak has...
Earlier this week Lehman Brothers closed@ bungkus... ari ni pulak AIG was heatwith financial difficulties tengah cari bailor.... kat uk pulak banks Halifax and Lloyds are all having problems of losing liquidity and looking for merger.. dalam to their shares values taking a plunges... of takutnya... tentu pas ni penyakit ni berjangkit ke asia and kl as well..... CNN saip kata financial market unstable....wall street had a bad day...

Monday, September 15, 2008

Dalam kenangan Nor Azah Othman

Semalam semasa lepas memberi salam solat zuhor, aku dapat sms from Aimy Bazura, junior setahun also ajk alumni.

"k.Azah passed away at arnd zohor 2day. innalillah..."

Terkejut yang amat sampai hati aku balik bertanya azah yang mana? tapi tentu budak ssp... Kemudian baru sit in info tu... Innalillah hi wainna ilai hiro jiuunn.. terkedu, sesal sebab tak berkesempatan menziarahi beliau semasa sakit...Tergiang kata Lida hari tu... "baik ko pergi wani, mintak maaf...mana tahu umurnya tak panjang.." sesal betul aku lida...
Belum pun cukup sebulan yang lepas kita ada kumpul kat rumah Farina, semasa balik cuti hari tu...dan bercerita sikit sebanyak pasal Azah sebab dah ada yang dapat jumpa beliau earlier.... Lida, Ngat, kak piah, chot, eliza,aiza,yash and fuzilah met her in hospital, Farina sempat pergi jumpa dia dirumah..
Masa tu telah diberitahu oleh husbandnya, yang doktor kata mungkin hayatnya tak lama bertahan... 3-4 bulan saja.. so mereka anak beranak telah berusaha dan bersedia menghadapi saat genting ini.... tapi sedihnya, Azah sendiri tak tahu mengenai itu... Cuma ada dia cakap dengan Rin that she wants to live longer....sad betul aku dengar ...
Dari cerita mereka yang visit her, anak2 dan suami dia cukup tabah menghadapi situasi semasa di hospital dan di rumah.. syukur kerana dia dapat anak2 yang solehah dan solihin...tentunya itu telah banyak membantu meringankan bebanan fikiran menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang....
Apa yang aku boleh ingat tentang Azah ialah, beliau memang seorang yang sangat lemah lembut... tentu semua orang setuju sebab sesiapa yang kenal dia pasti ingat suaranya yang tak pernah tinggi walaupun jadi prefect... tapi our batch telah putus hubungan selepas form five, 1981 dulu... setahuku Azah pergi US tapi tak sure mana.. maybe Ainul might know sebab she was quiet close to her. Anyway, both of them sama dapat lapan permata hati... tahniah... memang aku tabik..
Tahi lalat di pipi tambah manis bila dia tersenyum... nanti aku nak korek album lama tapi tak tahu mcm mana nak post ke dalam blog nih...
Akhir sekali aku sentiasa doakan semoga beliau di letakkan bersama orang yang solehah dan mendapat keampunan sempena Ramadhan almubarak. AlFatihah. Insyaallah kita kumpulkan seramai mungkin untuk menziarah keluarga dia pagi Rabu nanti...

Tuesday, September 9, 2008

jom ikut..



ni la movie yang aku tunggu...

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan

Sempena hari baik dan bulan yang baik ini aku mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kengkawan ynag beragama Islam. Di harap semoga kita semua beroleh hidayah dan keredhaaan dari Nya. Marilah kita pertingkatkan amalan dan jariah kita ketahap yang lebih tinggi dari tahun sebelumnya. Bulan ini juga merupakan bulan yang terbaik untuk kita mengeluarkan zakat, tak kira harta atau pendapatan selain dari fitrah yang sememangnya wajib dikeluarkan....