Sunday, October 5, 2008

salam aidil fitri

Sebelum aku terlambat, izinkan aku mengucapkan selamat menyambut aidil fitri untuk anda semua serta maaf zahir dan batin jika ada apa apa kesalahan, terkasar bahasa atau termakan dan terminum dan apa-apa ter... lagi... kalau masa sekolah dulu siap kata 0-0 lagi tu..

Tahun ini pertama kalinya selepas ada family ni aku tidak balik kekampong dalam masa cuti raya ni, selalu tu kalau tak balik raya di Kelantan aku dan family akan beraya rumah mertua di Kuala Pilah, then masuk hari raya kedua selalunya akan mula berpindah ke kampong yang lagi satu... Tapi tahun ini sebab anak anak akan bersekolah semula, lepas raya, aku awal-awal lagi decided to raya di Pilah aje and nanti raya haji akan balik lama.... lebih kurang 3 minggu..

Anyway bila keluarga dah membesar nih, raya kat mana-mana pun aku kira sama aje... keutamaan kena diberikan pada yang lebih memerlukan... Bagi aku yang membezakan cuma makanan... samada makan nasi dagang and satay or makan rendang and lemang serta rebusan...Mana-mana pun kerja tetap sama banyak...

Teringat zaman sekolah dulu pernah sekali aje kita kena beraya di sekolah.. itu pun masa raya haji sebab cutinya hanya sehari, dan pulak masa tu bukan masa cuti sekolah.. Ingatingat nlupa masa tu, lepas sembahyang raya beramai-ramai di sekolah kita dapat permission untuk beraya di rumah orang KL... so beramai kita naik bas pergi ke rumah Nora di Chow Kit dan rumah Azie di Setapak...Tapi siapa dalam group tu aku dah tak berapa ingat... kalau tak silap ada Tad, Pah, dan Li sekali... Siapa ingat???

Lepas masa sekolah, aku beraya tanpa family masa belajar di Iowa, US dulu.. itu pun cuma untuk 2 tahun saja... Then raya dengan immediate family masa dapat anak kedua, masa tu sedih sekali sebab baru lepas beranak, orang sibuk nak balik kampong beraya, kita ni nak bergerak pun tak boleh lagi belum seminggu, lepas tu ada along yang baru usia 2 tahun, kesian tengok dia ikut abahnya pergi sembahyang raya kat masjid kg perwira dengan indons... masa tu akunye terlantar je dengan baby gitu... then tak sampai seminggu hubby dah hantar aku balik for confinement....