Friday, July 25, 2008

memoir

Last few days I received a call from my mom informing that another cousin of mine left us after a long battle with diabetic and heart ailments. Bila usia kita makin meningkat kita makin sering menerima berita yang mengejutkan sebegini... malah hampir setiap purnama... Paling menyesak nafas bila telifon berbunyi di waktu larut malam atau awal pagi.... bagaikan kering darah yang mengalir....

Talk about passing ni teringat aku pada kawan kawan kita yang telah tiada.. semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka berdua.... Arwah Sharifah Chu Ismail dan Arwah Azian Zakaria. Pah ditemui di rumah sewa apabila beberapa hari (about 3 days) tidak melapurkan diri ke pejabat. Zazli adalah antara orang yang dipanggil untuk mengecam jenazah beliau. Langsung Zaz menalipon aku hari tu untuk memberitahu....Masa tu dia masih bekerja sebagai penyelidik di Ipoh. Kalau tak silap dia ni chemist dan masih anak dara.

Aku, Li dan Has ada banyak kenangan manis bersama arwah masa beliau masih bekerja di KL sekitar tahun 1987-1990. Masa tu aku tinggal menyewa bilik (murah...) di rumah parent Li di Ampang Jaya. Bila hujung minggu ada kelapangan, Has yang tinggal di Bangsar dengan mak ciknya pun akan datang kumpul rumah Li ni. Sekali tu Has ada bawa kereta buruk (Ford ke Fiat aku tak berapa sure) uncle dia... wah.... suka la kita orang semua... alamat malam tu panjang la langkah kami... So, lepas makan malam di depan 7-11 Ampang Jaya, kami pun plan nak gi late nite ronda sekitar KL dengan Has nye sport car ni....Akhirnya hampir midnight tu kami lalui Jalan Pinang, konon nak gi lepak minum kopi kat Holiday Inn On The Park. Tiba-tiba kereta Has ni mati tengah jalan... Imagine la masa tu Jalan Pinang ti penuh dengan old bungalows and big-big trees... lampu jalan pun malap je.... Mana ada cerah macam depan klcc sekarang.. Kereta tu berhenti betul betul kat junction sebelah Angkasaraya sekarang ni, kat tepi traffic light tu... Kecut perut kami semua... nak masuk ke hotel jauh jugak adalah 20 min jalan, nak balik Ampang, bas dah tak ada. Masa tu masih bas mini lagi. Lagipun takkan nak tinggalkan kereta Has gitu saja... Tunggu dalam kereta pulak takut nanti jadi apa-apa so we all decide nak berlari ke Holiday Inn... Cuba imagine we all masa tu... Pah ni memang school runner so tak ada masalah la, aku dan Li softballer sekolah, kesian Has dah le kawan tak leh lari laju, penakut pulak.... Kami lari sekuat hati masuk Jalan Pinang tu.... agaknya bunyi macam sekawan anak gajah lari....hahaha... tercungap-cungap semuanya. Pagi tu bila hampir Subuh (kami tak tidur..) baru we all jalan balik ke kereta dan terpaksa drove back to Ampang dengan giar 2. Rupanya giar box dia dah out....

Azian ni memang seorang yang amat pemalu tapi very hard working masa di sekolah dulu... aku sekelas dengan dia dari form one ke form three je lepas tu result dia lebih bagus, dia masuk form four c sama dengan yash, badi, chot and all. Tapi aku ingat baik sebab dia ni orang Kuala Krai sama dengan Aiza. Dia ni tak suka sangat sukan so memang jarang la interact dengan aku... Habis form five dia ke UK sama tempat dengan Rin. Aku tak tahu sangat dia ni buat course ape dan kerja mana bila balik...Lost contact... cuma aku dapat tahu from our friends yang masa the first few meetings @gatherings masa di rumah Badie di Shah Alam, dia ada ikut sekali. Tapi masa tu tak ada sesiapa pun yang tahu dia ni dah sakit. Dan dia pun tak cerita apa-apa pun.... Selang beberapa bulan bila tiba masa untuk kita buat another gathering ke cari names untuk ke ssp dinner ke someone called her office and was told that she passed away a few months earlier...Tak pasti sakit apa tapi kalau tak silap something about hati....

As friend kami akan sentiasa doakan semoga roh Pah dan Yan dihimpunkan bersama-sama orang yang beriman.....

Akhir sekali untuk Azah Othman dan Hasliza Aris yang sekarang dalam kesusahan, kami doakan semoga cepat sembuh dan you all lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang....
INNALILLAH HI WA INNA ILAI HIRAJIUUN....

Thursday, July 10, 2008

friend

Last Saturday aku keluar jumpa Fazah aka Boyak kat Pavilion. Dia sebenornye datang Kl from Jb dah dari Jumaat tapi ada seminar ke hape kat Klcc Conv Centre. Tapi deme ni pandai siap dgn hubby pun attend seminar tu... pasei architecture nih. So hari tu selepas me and family breakfast aku asked my other half hanto jumpa Boyak. Sembang sambil menjamu mata window shop. Then masa lunch tu Eliza joined us since she also in office (KL Uni) ada korje katanya. Then aku sms Has ajak turun sekali, tapi dia masa tu masih di Vietnam.... Ho Chih Min ke mana tak sure.

Masa aku jalan dengan Fazah earlier tu, we all nampak a pair of ladies agak dah hampir 60 kot tapi masih vogue, bershopping kat Tangs sambil bercerita dan santai.... Envy betul aku tengok... So aku cakap le dengan Fazah nanti agaknya kalau kita dah baya tu macam tu la kita pun.... Cuma masa tu aku nak compare siapa lagi banyak kedut.... Kalau panjang umur dapat la kita enjoy our old days like that. Aku memang cherish our friendship semua... So kalau sempat la sampai ke tua pun kita kena selalu buat gathering tu so we will always keep in touch... Then kalau ada sesiapa nak ada kerja kahwin anak ke, jangan lupa jemput la kita ni semua... Aku personally kalau sihat dan ada kelapangan insyaallah aku pergi rumah you all tu....

So please, plseeeez keep in touch eh.....