Friday, January 16, 2009

Sentul Post Office

Setiap awal bulan selalunya aku akan dapat registered letter dari ayah di kampong.... Gembira hati bukan kepalang bila nama naik list yang tertampal sebelah tangga bilik pejabat sekolah tu...



Apa yang aku ingat selalu tu dah dapat money order tu kita pun taruk nama untuk keluar ke Sentul post office la.... itu boleh pergi hanya petang Rabu masa prep je.... Selalunya yang pergi ni orang outstation je sebab kita ni je yang selalu dapat kiriman money order.....



Walaupun jumlahnya tak la sampai RM 100 tapi jumlah tu dah cukup untuk bermewah untuk beberapa hari yang awal tu.... Aku ingat la selalu aku pergi sama dengan Haslina budak Perak tu....yang bestnya kalau dengan Lina ni mula2 tu kita orang akan beli cendol kat mamak depan post office tu, dalam perjalanan balik, (selalunya kami jalan kaki je ke post office tu...) kita singgah la kedai runcit dekat situ untuk beli biskut and makanan@ cekikan kering.... like maggie mee ke kacang ke or anything la that fancy us and tak berat sangat nak bawa.... tapi yang best nya Lina ni selalu akan beli biskut crakers tu satu tin besar..... katanya boleh tahan dekat sebulan.... tapi imagine la masa tu dia kena jinjing satu tin tu... kalau tak silap aku la 5 kilo ada kot..... tapi whatever pun survived jugak kat ssp nih.... dengan makan maggie and biskut kering macam tu..... Lina, mana la kamu masa nih..... sesiapa ingat or kenal nanti masukkan la dalam FB kita pulak eh.... or at least dalam email..



For those yang belum updata Fb tu buatla... dapat kita tengok muka masing2 kat sana...



Tetiba teringat bila semalam aku pass by depan Sentul Post office yang dah busy tu........

Azam Tahun Baru.....

Sedar tak sedar kita dah masuk minggu kedua dalam tahun 2009... ini bermakna dah masuk 33 tahun kita semua kenal each other eh girls.... siapa sangka kan... aku ni nak je tengok siapa among us yang first jadi mak mertua or nenek.... kak kah kah sounds lucu tapi itu hakikat deh..

Tadi aku baru browse FB nampak gambor hanizah ishak... wah! lecun melecun lagi kamu niza... jadi yang lain tu cepat la postkan gambor kalian...So dah masuk ke angka 45 tahun ni apa azam kita??? Kalau aku la dari zaman SSP lagi memang setiap tahun baru menjelang aku cuba tuliskan apa azam aku, tapi akhirnya yang tercapai hanya tak sampai half of it.... tapi at least kita cuba kan....

Tahun ini......
Azam aku kalau diizinkan mahu menjejakkan kaki ke Tanah Haram.... itu kalau diizinkan ada muhrim.....
Kalau ada kelapangan mahu melebarkan wilayah perjalanan/ziarah.... mungkin ke selatan hemisphere.... dapat jumpa Jas eh..
Kalau ada kesihatan ingin mendaki kemuncak kinabalu.... tahun lepas dapat tengok kemuncak dari bawah je...
dan kalau ada lebihan fulus mahu bershopping sakan di Bandung.... kata orang itu syurga dunia....Dan kalau aku ada masa dan peluang may be aku dapat visit Lida di Jakarta sekali...
Ada sesiapa nak join aku tak????

Kepada yang berjaya mendapat kenaikan pangkat di awal tahun ini aku ucapkan tahniah, semoga rezeki yang berlebih itu diberkati dan kajayaan itu berterusan....

Kepada mommy yang anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu pun tahniah aku ucapkan.... sebab with your strength and suppport mom, kejayaaan dapat dicapai..... kan.(Tahu je la kalau tak mak yang asyik berleter ni tak kemananya dia orang tu....)

And lastly pada yang masih solo tu aku really berharap kalian akan bertemu jodoh dengan orang yang beriman dan akan berikan bahagia walaupun agak terlewat.... happiness is within us and ours only. Tapi jangan lupa ajak kengkawang kenduri tu... hehehe..