Friday, January 16, 2009

Azam Tahun Baru.....

Sedar tak sedar kita dah masuk minggu kedua dalam tahun 2009... ini bermakna dah masuk 33 tahun kita semua kenal each other eh girls.... siapa sangka kan... aku ni nak je tengok siapa among us yang first jadi mak mertua or nenek.... kak kah kah sounds lucu tapi itu hakikat deh..

Tadi aku baru browse FB nampak gambor hanizah ishak... wah! lecun melecun lagi kamu niza... jadi yang lain tu cepat la postkan gambor kalian...So dah masuk ke angka 45 tahun ni apa azam kita??? Kalau aku la dari zaman SSP lagi memang setiap tahun baru menjelang aku cuba tuliskan apa azam aku, tapi akhirnya yang tercapai hanya tak sampai half of it.... tapi at least kita cuba kan....

Tahun ini......
Azam aku kalau diizinkan mahu menjejakkan kaki ke Tanah Haram.... itu kalau diizinkan ada muhrim.....
Kalau ada kelapangan mahu melebarkan wilayah perjalanan/ziarah.... mungkin ke selatan hemisphere.... dapat jumpa Jas eh..
Kalau ada kesihatan ingin mendaki kemuncak kinabalu.... tahun lepas dapat tengok kemuncak dari bawah je...
dan kalau ada lebihan fulus mahu bershopping sakan di Bandung.... kata orang itu syurga dunia....Dan kalau aku ada masa dan peluang may be aku dapat visit Lida di Jakarta sekali...
Ada sesiapa nak join aku tak????

Kepada yang berjaya mendapat kenaikan pangkat di awal tahun ini aku ucapkan tahniah, semoga rezeki yang berlebih itu diberkati dan kajayaan itu berterusan....

Kepada mommy yang anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu pun tahniah aku ucapkan.... sebab with your strength and suppport mom, kejayaaan dapat dicapai..... kan.(Tahu je la kalau tak mak yang asyik berleter ni tak kemananya dia orang tu....)

And lastly pada yang masih solo tu aku really berharap kalian akan bertemu jodoh dengan orang yang beriman dan akan berikan bahagia walaupun agak terlewat.... happiness is within us and ours only. Tapi jangan lupa ajak kengkawang kenduri tu... hehehe..

No comments: