Wednesday, March 25, 2009

proverbs

W : bik, boleh bayar balik duit aku dulu?

B : Ok. Boleh, bila kak mahu? RM 400 kan??

W : bila gaji kau masuk la... aku nak beli rupiah, sebab murah sangat sekarang ni...
bila2 nak ke Indon senang la...

B : Ye ke kak? kalau murah aku pun nak bekukan la duit aku.....

W : (sengeh, dalam pening..)

10 minit kemudian suami masuk ambil air ke dapur....

B : nak minuk pak?

S : ya bik, air sejuk je...

B : Pak, bulan ni boleh saya pinjam RM 400? bulan depan saya bayar....

W : @#$%^&^^%!!!!!

Itula kata orang zaman sekarang ni bukan lagi "sambil menyelam minum air", nanti buncit perut...tapi amalkan "sambil menyelam tangkap ikan!!" baru ada hasilnya.....

teringat.....

Lama sungguh aku tak tulis cerita nih.... dok syok dengan FB rosak yang lain nya... anyway, aku semalam dapat call from Jas dari Palmerston North.... dah lama tak dengar khabar, syok pulak cerita... aku agak dia rindu kat kita semua ni.... so dia kirim salam pada semua yang ingat kat dia... ada aku tanya bila dia nak balik... kalau untuk bercuti tu insyaallah tiap tahun kot tapi kalau for good tu dia plan dalam 10 yrs lagi..... orang nak kumpul bekalan hari tua dulu... So for those yang ada hati nak melawat N Zealand tu masih boleh plan ke sana lagi la.....

Dalam tu a few days ago aku ada sembang dengan Wati, anak dia yang sulung dapat offer masuk SSP form 4. Tahniah wati!! Beri je semangat kat your girl tu it's okay tinggal kat hostel ni.... apa lagi aku tengok hostel SSP ni memang berkali ganda canggih banding dengan masa kita kat SSP (KL) dulu tu..... Aku tengok internet berderet kat depan bilik curriculum ke apa, kata anak buah aku pun (Iffah) dalam library pun ada lagi.... Iffah ni baru form One. Masuk 2nd intake, masa mula tu bising jugak nak suaikan diri dengan tempat and environment baru tapi we all( her parents and aunties) dok keep telling her that she should take this opportunity, and be more independent.... First week tu everyday dia called her mom, second week tu kurang sikit, then balik cuti seminggu, aku tengok dia pun dah nampak happy to go back there....

Hey, aku lupa la nak ucapkan tahniah for those yang anak berjaya cemerlang dalam SPM baru2 ni.... aku tahu Lijah, Fazah tentu tengah sibuk nak cari tempat untuk sambung belajar kan....

Tak lupa nak inform, suami arwah azah dah selamat kahwin dengan sepupu azah sendiri awal tahun ni.... sama2 kita doakan kebahagiaan mereka...