Wednesday, April 15, 2009

Dinar fashions

Hari minggu lepas aku dan beberapa orang lagi sepatutnya pergi ke kedai Lida Wahab yang baru di remikan di seksyen 7 shah alam tu. Tapi aku ni tak de transport nak pergi, masa tanya has, dia tak dapat sebab kena tuition anak for exams... perkara biasa la tu kalau namanya mummy.... kan has...

Anyway, masa aku sms Ngat pun dia tak dapat pergi sebab keluar dengan family.... So aku rasa yang pergi hari tu may be kengkawan yang dari Bangi je la.... Aku nak ucapkan TAHNIAH pada Lida kerana dah berjaya mengorak satu langkah kedepan lagi.... walaupun masih juga pegang title cikgu / student / mak / isteri saiful.....

Janji tu tak tapi kalau bila2 aku sampai ke area tu insyaallah aku singgah pulak la.... Eh, kalau aku nak tumpang promote jual kek kat kedai kamu tu nak tak????

Lagi satu aku ni nak ingatkan kamu semua yang this coming Saturday pulak ada AGM Puteri SSP kat Hotel Singgahsana di PJ. Location tu aku check, dekat dengan A&W dekat area Amcorp Mall tu....Kalau tak silap from LRT Amcorp Mall tu boleh nampak signboard tu....

Sesiapa yang kelapangan di jemputkan menghadir diri ke sana... Wati aku rasa elok sangat kalau you pergi and jadi wakil from our batch since yr daughter pun ada kat sana (SSP) baru masuk from 4 this year. Yang lain pun apa salahnya pergi sekali.... Hi teanya RM 50 seorang. Boleh bayar thru Alumni a/c or on the day itself.

0 comments: