Sebelum aku terlupa lagi aku ambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU pada semua kengkawan yang mana baca blog ini...secara sengaja atau tak...dalam sedar tentunya kita menambah satu lagi angka pada usia kita....perjalanan hidup dan pengalaman juga akan bertambah...yang lalu dijadikan tauladan dan sentiasa dalam memori kita...hidup harus diteruskan...
Semoga tahun ini kehidupan kita semua akan lebih diberkati. Aku sentisa berdoa padaNYA semoga perjalanan kita selepas ini akan lebih senang,
diberikan kesihatan tubuh badan untuk boleh lebih beramal ibadat,
diberikan fikiran yang tenang untuk aku dapat belajar arab dengan lebih cepat....
anak-anak biarlah berjaya dalam pelajaran masing-masing,
suamiku dibukakan pintu hatinya moga dapat aku menunaikan rukun Islam yang masih tertangguh itu,
akhir sekali diberikan rezeki yang lebih dan halal bukan yang istidra'
Amin, amin, amin ya rabbal 'alamin.....
No comments:
Post a Comment