Kebelakangan ni hati rasa terjerut mengenangkan beberapa orang sahabat sedang mengalami masalah kesihatan...
mulanya sempena umat islam bergembira menyambut kedatangan ramadhan, aku dapat berita tentang kawan sepengajian yang sakit-sakit dan akhirnya disahkan mengidap cancer...saban hari aku berdoa semoga semangatnya kuat untuk fight segala sel2 itu...sehinggakan buat sementara waktu ini mungkin kelas mengaji hari khamis pun di tunda pada suatu tarikh kemudian...
Minggu lepas pula aku dapat 2 berita sedih juga sekali gus, pada masa yang hampir sama....kak sal ( orang yang banyak membantu kami membuat minum semasa bekerja di BBMB sec. dulu) di masukkan ke HKL sekali lagi kerana kansernya dikatakan telah merebak ke hampir seluruh badan....sebak dan hiba bila berpeluang jumpa beliau tapi tak dapat berkomunikasi dengan jelas sebab suara nya sudah tak kedengaran ketelinga kami..... dari gerak laku macam banyak yang kak sal nak cerita tapi sukar difahami dari gerak bibir beliau...kini dia hanya mampu menjalani radioteraphy dan kemudian mungkin kemoterapi...semoga kak sal yang beersabar menempuh keadaan dan dugaan dari yang Maha Esa ini....
Dalam pada itu aku juga dapat berita dari mak wan (geng mengaji) bahawa suami Nab (kawan kumpulan kebajikan Hartamas) seorang doktor bedah, dimasukkan ke hospital kerana mengalami banyak komplikasi sehingga tidak sedarkan diri...sehingga kini kami masih menunggu perkembangan selanjutnya... Apa-apa pun aku doakan semoga Nab dan keluarga tabahkan hati dengan dugaan ini dan suaminya cepat sembuh kembali...
Kalau kita tengok pada fitrah, ramai lagi orang lain yang lebih uzur asalnya dari mereka2 yang sakit ini....tapi dugaan Allah swt tak ada siapa yang tahu...sekelip mata keadaan jadi berbeza...yang dah tua tapi alhamdulillah sihat walafiat... tapi yang masih muda pula di duga sebegini...
Dalam pada itu aku banyak juga dapat belajar tentang penyakit2 ini dan ubatan yang diambil...kalau ikut pada pendapat seorang kawan katanya ramai kawannya sembuh dari kanser dengan meminum air rebusan serai...diminum setiap hari selama 3 bulan, insyaallah ada perubahannya..... terdahulu dari itu dia juga pernah menyarankan minum air rebus pokok bunga putih...juga ada yang sembuh selepas meminumnya...apa apa pun kita cuma ihktiar...sembuh tu jika diizinkan Nya, insyaallah....