Ya Allah Ya Tuhanku peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka memeliharaku semasa kecil dulu...
dari doa di atas sesiapa saja yang menghayati tentunya memohon semoga diri akan sentiasa mengingati doa untuk kedua mak ayah itu...terlalu takut kalau tersalah kata dan perbuatan akan menghiris perasaan mereka...
jangankan sekali kita berkat "ah" pada mereka...tapi siapalah kita yang tidak terlepas dari membuat kesilapan....kadang kesilapan itu mungkin tak sengaja atau kekadang tu mungkin terpaksa tapi mohonlah keampunan secepat mungkin semoga dosa itu diampunkan...
Ya Allah ampunkanlah segala dosaku terhadap kedua ibubapa ku dan berkatilah kehidupan kami sekeluarga...
sentiasa berdoa semoga ibu menghalalkan air susu yang diberi semasa kita masih bayi...apalagi sembilan bulan semasa dalam kandungan...sebagai anak tentu tiada sesiapa yang waras mahu berkeras atau meninggikan suara pada mereka...apalagi kalau kita pun sudah memegang jawatan "emak" juga...sudah tentu kita lalui kenangan mengandung selama sembilan bulan...walau hsailnya manis tapi penat lelah dan sukar itu masih terasa..kita juga berpengalaman mendidik anak tapi mungkin masih diperingkat awal...dan ada sesetengah kita sudah alami suasana "tegang" dan "manis" dalam berkeluarga... tapi kekadang tu mungkin dalam perbincangan atau "argument" kita berkata agak kasar, atau mungkin melukakan perasaan mereka, mohonlah ampun secepat mungkin...jangan kita terlambat kerana binasalah hidup jika timbul perkara seperti itu....nauzubillah
bagi anak lelaki tentunya hidup mereka diberikan lebih tanggungjawab kerana kena menjaga kedua orang tua sepanjang hayat...tapi bagi anak perempun seperti kita semua ni sudah tentu pertanggungjawaban akan jatuh pada sang suami apabila kita berkahwin...apa-apa pun wajib didahulukan pada suami selepas dia melafazkan ijab dan qabul dulu....cuma apa yang diharap adalah "understanding" dari suami biarlah kita masih ada masa untuk mengabdikan pada kedua ibubapa kita selain dari kedua mertua....
Ya Allah Ya Tuhanku peliharalah perkahwinanku serta ampinulah segala dosaka dan suamiku juga peliharalah kami dari keaiban...
kadang hati kita terpaksa menanggung beban sengsara bila diri tersepit dalam kemelut antara mertua menantu...ikut kata suami, mak ayah merajuk..dalam pada tu, ikut kata mak ayah pula, suami juga berkecil hati...mana satu nak ikutkan...apalagi bila keadaan kita orang lain cuma pandang sebelah mata...bak kata orang dulu-dulu " kita akan tahu bila kita merasa"....pernah dialami suatu ketika keadaan cukup mengharukan dan tertekan bila pandang kiri muka si suami muncung tak habis, pandang kanan wajah yang tua itu masam mencuka...padahal yang menjadikan masalahnya cuma perkara yang remeh sahaja...tapi bila hati dah sakit, apapun tak nampak baik lagi....subhanallah
Ya Allah Ya Tuhanku jauhilah keluargaku dari perasaan hasad dan dengki...
pun begitu kita dikira masih bernasib baik...alhamdulillah...kerana ada setengah kaum hawa dikalangan kita agak kurang bernasib baik..pernah sekali seorang hamba ni (dikenali) tidak dapat pulang ke kampong mak-ayah bertahun-tahun lamanya...apatah lagi untuk berhari raya... bukan tidak pernah cuba mengajak pulang jenguk orang tua tapi pelbagai alasan yang diberi...akhirnya diri hamba ini terpaksa akur pada keadaan ....tuhan saja yang tahu apa yang dirasai hamba ini...pernah mohon berpisah pun (walau tahu itulah perkara halal yang paling dibenci Allah SWT) tapi rayuan tidah di endahkan....tapi kawan ini lebih redha atas dirinya...hanya mampu berdoa memohon di ampunkan dosanya pada kedua mak ayah serta diampunkan dosa sisuaminya..hambaallah ni memilih untuk menjadi isteri mithali.....semoga AllahSWT mendengar doanya dan memakbulkannya....insyaallah
tapi walau apapun yang diharap, untuk menjadi anak mithali ni bukannya senang....kadang timbul pertanyaan di hati apa lagi yang tak kena di mata mereka???astaghfirullah.... rasanya kita sudah cuba buat yang terbaik, tapi tak juga senang hati mereka....kita pula tersepit antara hati suami yang nak dijaga dan perasaan mak ayah... gusar hati memikirkan... kita kena juga ingat dah kahwin syurga kita dengan suami...kalau hitam kata suami hitamlah keputusannya...jangan nanti dikata kita ingkar, padah juga akhirnya...melainkan kalaulah keputusan itu di luar batasan sebagai seorang muslimin...harus ingat kita adalah milik dia..... semasa kecil milik mak ayah, bila dewasa hak milik di tukar tangan... masyaallah..
itulah hakikat yang kena di terima..dalam mencari diri menjadi anak mithali, aku akur dan tunduk pada qada dan qadar.... aku juga pasti ingin menjadi isteri mithali......insyaallah..
Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah keluargaku dari perkara mungkar...AMIN....