Wednesday, June 13, 2012

Hari ni dapat call dr Na. Dah lama tak dengan cerita kawan kita ni. Agaknya hari ni dia tak ada kelas tuition,jadi boleh layan sembang. Na seorang sahabat yang sangat saya hargai kerana sesekali dia akan bertanya khabar, updates hal hal kawan dan keluarga. Hari ini mula cerita pasal anak dan pelajaan, mak mana tak risau kalau anak tetiba talipon nangis ditalian. Rupanya tak faham apa yang diajar di kelas... alangkah bertuah Na ada anak yang perihatin tentang pelajaran... alangkah bagusnya kalau along kita pun macam itu... ini tidak, dapat markah 20 until maths pun masih boleh berkata "riles la ma"... Fening kita dibuatnya. Na ni tinggal seorang saja lagi yang masih di sekolah. Seorang dah habis degree, serang tengah sambung degree and seorang lagi baru masuk kolej persediaan. Untung jagak Na, tak lama lagi lega sikit bila semua dah peringkat pengajian tinggi. Kita jugakla lama lagi nak menapak. yang si adik baru nak upsr.. Then kita cerita tentang kawan lama yang telah lama juga merantau....Dari setahun ke setahun tak balik-balik. Cuma ada balik bercuti dan sempat ziarah Na... tapi disebalik tu rupanya kawan kita ni tengah menambah pelaburan....Bukan buka cawangan baru, tapi pelaburan harta untuk masa depan. Itu pun perancangan dia untuk anakanak. Macamana pun sekalung "tahniah" untuk kawan kita... Cerita pasal tambah cawangan, kerap kali diumur senja ini kita jumpa cerita yang tak sedap dihadam oleh kaum hawa tapi menjadi halwa manis untuk kaum adam... Rata rata kalau tanya orang lelaki mana yang tak nak bini lebih...maksudnya lebih dari satu... Kalau berupaya dan berkemampuan tu tak tanya pun memang dah pasang angan angan siap. Dalam golongan kawan kawan pun dah berapa ramai yang memegang payung emas ini....dan yang tak berapa best tu dalam keluarga terdekat pun cerita ini tak berkecuali.... Tapi nasihat aku, pandai buat pandai tanggung. Jangan sampai menyusahkan orang sudah la....Ini bukan kes makan cili terasa pedas, kot kalau kata dah bengkak biir pun kadang tu orang susah nak mengaku buat perkara ini... Kesiannya pada pihak yang teraniaya atau terkena...Cuma sang suami tu kalau ya pun nak buka cawangan buat la dengan cara yang betul, jangan baling batu sorok tangan. Ikutla peraturan, kita ni hidup sekeliling ada undang undang. Isteri pertama tu jangan diperlekehkan, jauh sekali ditipudaya... Orang kata sepandaipandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua... bangkai macamana sorok pun tetap berbau...Kalau dah pecah pandai pandai la selesaikan dengan cara baik. Keluarga harus diutamakan, bela nasib anak dan isteri pertama tu walau pun yang baru tu maih muda dan bergetah kata orang... Yang ditakuti nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran....dah banyak kita tengok benda ni berlaku... so ambil la iktibar wahai sang suami....fikir panjang sebelum ambil sebarang keputusan..cuma ingat kalau dah tak ada persefahaman, jangan siksa sparing partner anda... semua orang berhak bahagia walau dengan cara mereka sendiri.... Betulla bahagia mesti dicari, tapi kalau dah cuba tapi tetap tak boleh jugak tu, mungkin jalan terbaik adalah mencari haluan masing masing... mungkin kita masih oleh jumpa greener pestures on the other side....wallah-hu-allam Akhirnya balik pada sembang Na tadi sejam berlalu tak terasa...tapi sekurangnya puas melepas rasa dengan kisah kita, Na kata dia kena sambung buat cream untuk creampuff sebab customer nak datang ambil dalam setengah jam lagi....Insyaallah lain kali kita sembang lagi. Assalamualaikum....

No comments: