Monday, June 11, 2012
Ramadhan datang lagi...
Hari berlalu, usia bertambah pejam celik dah nak masuk bulan puasa, Ramadhan.
Ya Allah pertemukanlah aku dengan bulan Mu yang ,mulia ini..semoga di tahun ini aku akan melipat gandakan usaha mencari redha Mu. Azamku biarlah dapat beramal ibadat dengan tenang sepanjang bulan itu, dapat bersembahyang Tarawih pada setiap malam Mu, dapat khatamkan ayat ayat suci Mu dalam bulan yang mulia itu seterusnya bawakanlah berkat Mu kedalaman keluarga ku, lindungi kami dari kelalaian, kemaksiatan dan kemurkaa Mu Ya Allah, Ya Rabb.
Selepas Raya alang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Permudahkanlah alang dalam menghadapinya. Mama sentiasa doakan Alang akan beroleh kejayaan sepertimana along dan angah. Amin.
Sudah lama tidak menulis terasa kekok tangan menaip atas keyboard ini. Insyaallah jika diizinkan aku akan menulis lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment