Wednesday, November 28, 2018
Persiapan mengejar musim luruh di Japan- DIY
Apa perlu buat sebelum pergi.
Beberapa bulan sebelum pergi perlu di buat rancangan bila mahu pergi. Memandangkan Jepun banyak terdedah pada bencana seperti monsun, ribut, taufan dan juga gempa bumi, banyak perkara harus di ambil perhatian. Akhirnya keputusan diambil untuk menjelajah Jepun pada dua minggu di awal November. Ini juga tertakluk pada persetujuan 'tour guide' yang di lantik yang akan mengenalkan kami pada budaya dan kehidupan di Jepun.
Tiket penerbangan harus ditempah lebih awal untuk mendapatkan diskaun sebanyak mungkin. Harga tiket agak berpatutan bila ada 'sales' dan promosi. Mengikut pengalaman guide@ dr Nash, kami akan bergerak menjelajah banyak menaiki keretapi laju Shinkansen. Jadi untuk penjimatan seterusnya sebelum berangkat kami perlu membeli tiket JR RailPass bagi perjalanan seminggu@ 7 hari. Semasa promosi Matta Fair harga JR Rail pass juga turut diberi sedikit diskaun.
Bila menghampiri bulan Ogos kami mula mengenalpasti arah perjalanan di Jepun. Hendak melawat apa dan bermalam di mana. Bila 'route' dah pasti barulah tempahan hotel dan Airbnb di buat. Memandangkan kumpulan ini agak ramai dan ada ' couples' dan dr Nash, banyak yang perlu diambil kira. Akhirnya dua minggu sebelum berlepas semua sudah dapat di atur dengan sesempurna mungkin.
Seminggu sebelum pergi kami mengikuti rapat semua berita yang berlaku di sana terutamanya tentang cuaca. Pakaian yang perlu di bawa harus sesuai ikut cuaca. Arah utara Jepun agak sejuk berbanding dengan di selatan. Ada juga ramalan hujan sewaktu di sekitar tasik Kawaguchi.
Kasut harus sesuai dengan banyak jelajah jalan kaki yang akan kami lalui. Perhatian juga pada saiz bag yang di bawa kerana ada tempat yang perlu menggunakan loker storage di stesen keretapi. Selebihnya bawalah wang belanja untuk diri sendiri bagi biaya semasa di sana terutamanya untuk makan dan souvenir. Akhir sekali bawalah hati dan fikiran yang terbuka untuk berlibur dan banyakkan sabar bila pergi dalam kumpulan yang besar. Kata pepatah kita akan mengenali seseorang itu bila kita berjalan musafir dengan orang itu...wallahua'llam
Subscribe to:
Posts (Atom)